Monday, March 27, 2023

Sinopsis: Aufa Syuhud

Syuhud dilahirkan sebagai seorang yang pendiam dalam hidupnya. Dia juga berpendirian tegas bahawa, semua wanita akan tetap menjadi kawan, kecuali setelah ada ikatan yang sah.  

Akan tetapi, hidupnya menjadi kucar-kacir apabila datangnya seorang gadis bernama Aufa. Syuhud mengambil masa yang lama untuk menyatakan hasratnya sehingga Aufa tidak menyedari bahawa dia telah menarik perhatian Syuhud. Syuhud bukannya mencari seorang wanita yang cantik, tapi cukuplah seorang wanita yang rela menerima dirinya yang serba kekurangan di samping mempunyai ikatan yang kukuh dengan ilahi. 

Kebetulan pula, Aufa satu kos dan berada dalam persatuan yang sama dengan dengan Syuhud. Syuhud merasakan seolah-olah ini semua adalah takdir dari-Nya. Dan bila tiba saat Syuhud ingin menyatakan hasratnya, Aufa menolak dengan mengatakan bahawa dia sedang berkenalan dengan orang lain. Hancur luluh harapan Syuhud, jiwanya terasa kosong. 

Namun begitu, rahsia tuhan siapa yang tahu. Akhirnya Aufa ingin menarik semula penolakannya, dan terima Syuhud. Akan tetapi ketika itu, Syuhud sudah pun belajar untuk melupakan Aufa, dan perasaannya terhadap Aufa telah pun pudar.

Adakah cinta mereka akan berputik kembali? Adakah mereka akan dipertemukan semula dan membina sebuah mahligai kebahgiaan di dalam rumah tangga? 

Namun begitu, masa dan keadaan sudah tidak lagi seperti dulu. Syuhud sudah pun berpindah ke universiti lain dan Aufa pula sudah mula menyibukkan dengan mengaktifkan diri dalam pelbagai persatuan. Hari makin hari, mereka berdua menetapkan untuk kekal sebagai kawan sahaja.

Sehingalah pada suatu hari ketika Aufa sedang mendekati hari pernikahannya dengan seorang lelaki lain, Syuhud tiba-tiba menanyakan keadaan Aufa. Mungkin jauh di sudut hati Syuhud masih menunggu Aufa, tetapi tidak menyangka Aufa telah pun menjumpai suri hati lain tanpa memberi apa-apa khabar berita padanya.

Setelah membuat beberapa peneletian, Syuhud mendapat tahu bahawa terdapat ada beberapa rakannya yang cemburu dan ini mengeruhkan lagi keadaan.Tapi apa pun, jodoh tu telah pun ditetapkan oleh taqdir-Nya. Syuhud kini cuba menguatkan dirinya menjalani hidup sendirian, tidak lagi akan membuka pintu hatinya kecuali bila kuasa ilahi mengatasi semuanya.

Wednesday, March 8, 2023

Khas Buat Yang Mengenali Diri Penulis

Hurm..Dari mana ye nak cerita saya pun tak tau..tapi bende ni sangat penting buat korang semua yang pernah mengenali ambo 

Ambo dari kecik memang tak pandai nak berbicara di hadapan orang ramai..selalu aku berpesan pada diriku mungkin tuhan menyembunyikan kebolehan diriku sehingga suatu masa nanti..

Sehingga lah aku join kem demi kem untuk melatih diriku untuk membuang segala malu ku..Akan tetapi aku keliru dan masih mentah dalam semua bende ni, jadi aku memilih jalan ku sendiri untuk mencari ketenangan

But then ada peristiwa2 yang menyedarkan aku bahawa maybe diri ni bakal menjadi orang penting suatu hari nanti which for surely make korang persoalkan, "Is that really you?"

By that time maybe diri yang korang kenal dulu dah tak sama sebab banyak bende yang dia lalui dalam hidup dia..Tapi apa pun yang berlaku semua dalam perancangan Tuhan..andai ada masa dan ruang, sangat2 nak jumpa rakan2 yang telah membantu membina diriku from time to time..harap-harapnya kita bukan lawan sudah la sebab masa tu kita pun belum tentu boleh yakin dia berada di jalan yang benar sebab semua tengah bercelaru n main ikut2 je..

Wednesday, January 18, 2023

To 'Someone'

Dulu ade sorang mamat tu... Dia masuk satu universiti tu..baik orangnye, kacak lagi tuu.. Dia tak lah pandai sangat, tapi dia rajin tolong lecturer and kawan2 dia.. Ramai orang minat dia, tapi dia buat tak layan je, jaga ikhtilat la kononnye..tapi sape yang rapat dengan dia tau la yang dia ni bukannye baik sangat pun..tak caya tanya roommate dia..huhu

Dalam pada masa tu, ade la sorg minah ni macam asyik nak rapat dengan dia tapi dia tak layan.. pergi mana2 je jumpa, penat mamat ni nak elak dari dia.. sebenarnye mamat ni segan tu je..plus dulu memang dah ramai dah try dia macam tu..tu yang laki ni dah lali dah and malas nak bercinta - cinta nih..lagi pun dia memang tak suka tanggungjawab, sebab berat katanye.. macam2 lah mamat sorang ni complicated betul perangai dia mengalahkan perempuan..

Last2 mamat ni pindah la, nak cari 'angin' baru.. malas nak melayan semua bende yang berlaku dalam life dia..but somehow or someday the story will repeat again, we never know or maybe tersalah orang kut jumpa tu.. insyaallah ade hikmahnye, jodoh tak pernah salah alamat, kita dah rancang2 tapi Tuhan ade rancangan dia jugak tau..just maybe if kalau boleh laki ni nak sangat bagitau so dia tu to always be strong in her life, cause maybe this guy gonna goes on a journey once again..

Eh, lupa nak update..tak elok memusuhi keluarga nabi tau..huhu..sorry tak leh la share nanti riya'..

#pemegangkuncisyurga