Monday, March 27, 2023

Sinopsis: Aufa Syuhud

Syuhud dilahirkan sebagai seorang yang pendiam dalam hidupnya. Dia juga berpendirian tegas bahawa, semua wanita akan tetap menjadi kawan, kecuali setelah ada ikatan yang sah.  

Akan tetapi, hidupnya menjadi kucar-kacir apabila datangnya seorang gadis bernama Aufa. Syuhud mengambil masa yang lama untuk menyatakan hasratnya sehingga Aufa tidak menyedari bahawa dia telah menarik perhatian Syuhud. Syuhud bukannya mencari seorang wanita yang cantik, tapi cukuplah seorang wanita yang rela menerima dirinya yang serba kekurangan di samping mempunyai ikatan yang kukuh dengan ilahi. 

Kebetulan pula, Aufa satu kos dan berada dalam persatuan yang sama dengan dengan Syuhud. Syuhud merasakan seolah-olah ini semua adalah takdir dari-Nya. Dan bila tiba saat Syuhud ingin menyatakan hasratnya, Aufa menolak dengan mengatakan bahawa dia sedang berkenalan dengan orang lain. Hancur luluh harapan Syuhud, jiwanya terasa kosong. 

Namun begitu, rahsia tuhan siapa yang tahu. Akhirnya Aufa ingin menarik semula penolakannya, dan terima Syuhud. Akan tetapi ketika itu, Syuhud sudah pun belajar untuk melupakan Aufa, dan perasaannya terhadap Aufa telah pun pudar.

Adakah cinta mereka akan berputik kembali? Adakah mereka akan dipertemukan semula dan membina sebuah mahligai kebahgiaan di dalam rumah tangga? 

Namun begitu, masa dan keadaan sudah tidak lagi seperti dulu. Syuhud sudah pun berpindah ke universiti lain dan Aufa pula sudah mula menyibukkan dengan mengaktifkan diri dalam pelbagai persatuan. Hari makin hari, mereka berdua menetapkan untuk kekal sebagai kawan sahaja.

Sehingalah pada suatu hari ketika Aufa sedang mendekati hari pernikahannya dengan seorang lelaki lain, Syuhud tiba-tiba menanyakan keadaan Aufa. Mungkin jauh di sudut hati Syuhud masih menunggu Aufa, tetapi tidak menyangka Aufa telah pun menjumpai suri hati lain tanpa memberi apa-apa khabar berita padanya.

Setelah membuat beberapa peneletian, Syuhud mendapat tahu bahawa terdapat ada beberapa rakannya yang cemburu dan ini mengeruhkan lagi keadaan.Tapi apa pun, jodoh tu telah pun ditetapkan oleh taqdir-Nya. Syuhud kini cuba menguatkan dirinya menjalani hidup sendirian, tidak lagi akan membuka pintu hatinya kecuali bila kuasa ilahi mengatasi semuanya.

No comments:

Post a Comment